Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bersama lindungi diri daripada COVID

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Jangkitan import hanya 1 peratus berbanding jangkitan tempatan dari segi perkadaran penduduk di negara ini.

    Walau bagaimanapun, dengan bermulanya pembatalan prosedur ujian prapelepasan bagi keluar dan masuk ke negara ini kelak, maka orang ramai disarankan tetap menekankan tanggungjawab masing-masing selaku rakyat dan penduduk tanah air demi sama-sama melindungi negara dari semasa ke semasa.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menekankan perkara itu semasa menjawab persoalan media pada sidang harian di Dewan
    Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Tambah beliau, kebanyakan negara-negara luar ada yang tidak lagi menyediakan certified RT-PCR dan ART dan perlaksanaannya semakin berkurangan pada masa ini, lebih-lebih lagi ia bertujuan bagi memudahkan keluar dan masuk negara maka adalah wajar bagi kita semua beringat-ingat jika mendapati simptom-simptom tertentu, teruslah melakukan ujian ART dan sebagainya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menjawab persoalan media pada sidang media tersebut. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...