Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Berus pastri daripada bulu khinzir dikesan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Berus pastri jenama Food Guru yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di negara ini telah pun dianalisis dan disahkan positif diperbuat daripada bulu khinzir setelah sampelnya dihantar untuk pemeriksaan di Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini telah mengesahkan perkara itu setelah melakukan pemeriksaan ke atas premis tersebut susulan aduan orang ramai mengenai berus yang diragui mengandungi bahan yang tidak halal.

    Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Syariah telah pun mengarahkan pemilik premis berkenaan untuk mengasingkan semua berus tersebut dengan serta-merta daripada penjualan kepada orang awam demi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini daripada menggunakan berus tersebut.

    Kementerian turut mengingatkan kepada pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk dan barang gunaan di negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk-produk dan barang gunaan import yang akan dijual kepada orang ramai di pasar raya atau kedai masing-masing dengan memastikan produk-produk yang halal dan suci tidak bercampur dengan yang tidak halal.

    Berus pastri yang disahkan diperbuat daripada bulu khinzir. – Gambar serahan KHEU

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...