Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Biden tandatangani perintah lindungi hutan pokok tua

    SEATTLE, 22 APRIL – Presiden Joe Biden sedang mengambil langkah untuk memulihkan hutan negara yang telah dimusnahkan oleh kebakaran hutan, kemarau dan hawar, menggunakan lawatan Hari Bumi ke Seattle untuk menandatangani perintah eksekutif bertujuan melindungi beberapa pokok terbesar dan tertua di negara itu.

    Pokok berusia beberapa dekad merupakan penampan utama ke atas perubahan iklim dan membantu menyerap sejumlah besar karbon dioksida dan gas rumah hijau lain yang menyumbang kepada pemanasan global.

    Perintah Biden mengarahkan pengurus tanah menetapkan hutan dengan pokok tua di seluruh negara dalam setahun. Perintah itu mewajibkan Perkhidmatan Hutan, Biro Pengurusan Tanah dan Perkhidmatan Taman Negara mengenal pasti ancaman kepada pokok lebih tua, seperti kebakaran hutan dan perubahan iklim, serta membangunkan dasar untuk melindunginya.

    Perintah itu tidak melarang pembalakan pokok matang atau tua, kata Rumah Putih.

    Langkah tersebut bertujuan melindungi hutan negara yang telah terjejas teruk oleh kebakaran hutan, kemarau dan hawar, termasuk kebakaran terbaharu yang membunuh ribuan pokok sequois di California. Hutan pokok merah adalah antara pokok paling efisien di dunia dalam membuang dan menyimpan karbon dioksida dalam atmosfera dan menyediakan habitat penting untuk hidupan liar dan legeh yang membekalkan air ke ladang dan komuniti di Barat.

    Sepucuk surat yang ditandatangani oleh 135 saintis menggesa Biden supaya melindungi hutan dengan pokok matang dan tua sebagai penyelesaian kepada masalah perubahan iklim. – AP

    Gambar serahan Perkhidmatan Taman Negara menunjukkan pokok-pokok tumbang selepas kebakaran hutan di Monumen Gunung Berapi Sunset di Arizona pada 20 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...