Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bincang ekosistem teknologi pengiklanan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Optimas Management

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Dengan tujuan untuk menyerlahkan keadaan semasa ekosistem teknologi pengiklanan tanah air dan rantau sekitarnya, Optimas Management buat julung kalinya telah mengadakan acara dialog dan rangkaian teknologi peng-iklanan, #DigitalBrunei AdTech Ecosystem Networking Event (#DBATE) di Ruang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

    Acara yang dihadiri oleh 100 orang terdiri daripada perwakilan dari agensi-agensi kreatif, pengusaha, penggiat pemasaran dan content creators itu telah mengetengahkan perkongsian empat orang panel ahli profesional daripada sektor swasta.

    Ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Pegawai Pemasaran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar; Ketua Kreatif Progresif, Dayang Liyana Hanif; Awang Rano Iskandar; dan Pengasas Optimas Management, Rabbani Mubarak, dengan dipengerusikan oleh Jenny Malai Ali selaku moderator.

    Antara yang disentuh adalah berkaitan pemasaran digital dan masa depan #DigitalBrunei, dan pengetahuan dalam menyelami pelbagai jenis pemasaran bermula dari tradisional sehingga peringkat digital.

    Selain itu, acara itu turut menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan antara penggiat pemasaran baharu dan yang sudah mapan.

    Ahli-ahli panel semasa membincangkan mengenai pemasaran digital dan masa depan #DigitalBrunei.
    Peserta menyaksikan pameran yang diketengahkan semasa acara berkenaan.

    Dalam pada itu, Optimas Management turut meneruskan acara #DBATE bagi bahagian kedua menerusi bengkel praktikal yang diadakan di KHub, Kampung Anggerek Desa.

    Bengkel telah dipimpin oleh Syarikat Kaleidoscope, BrainBox Media, Showtime dan Ctrl+ Creative. Para peserta telah menimba pengetahuan dari segi perspektif tentang membina jenama, mencipta kempen pemasaran kandungan yang berkesan dan pelbagai aspek mencipta kandungan audio mahu pun video.

    Rabbani Mubarak dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Optimas Management, hari ini, menyatakan bahawa misi mereka adalah mudah iaitu mencipta kempen pemasaran digital yang jelas dan berkesan di mana semua orang mesti boleh melakukannya.

    Menurutnya, pemasaran digital yang dilihat semakin canggih dari hari ke hari sehingga boleh menimbulkan kekeliruan untuk pengguna, jenama, platform dalam talian atau penerbit, malah untuk agensi seperti mereka yang cuba menghubungkan jenama dengan penerbit.

    Maka acara seumpamanya merupakan satu cara untuk mereka belajar daripada satu sama lain, dengan memikirkan sesuatu demi menghasilkan cara yang lebih baik untuk menyediakan perkhidmatan yang hebat, tambah beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...