Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bintang AGT meninggal dunia

    Bintang program realiti, America’s Got Talent (AGT) musim ke-16, Jane Marczewski, 31, atau Nightbirde meninggal dunia selepas lima tahun bertarung dan berjuang melawan penyakit kanser payu dara, baru-baru ini.

    Menerusi laporan portal People, berita pemergian Nightbirde disahkan keluarganya selepas beberapa bulan berjuang ketika menjalani rawatan.

    “Dengan kerendahan hati, kami mengesahkan Jane Marczewski yang dikenali ramai sebagai Nightbirde meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser.

    “Kami sedih atas pemergiannya, ia satu kehilangan besar. Ramai mengenalinya menerusi AGT ketika mempersembahkan lagunya It’s OK.

    “Dia memberi inspirasi kepada berjuta-juta manusia di seluruh dunia dengan mesej tidak berputus asa. Mereka yang mengenalinya lebih dekat mengetahui keperibadian dan jenaka lucu walaupun mengenai dirinya.

    “Warisan yang ditinggalkan kekal menjadi hadiah diberikan kepada ramai melalui muzik dan kekuatannya. Kami berterima kasih atas mesej, kasih sayang dan sokongan,” kata kenyataan yang dikeluarkan keluarga.- Agensi

    Jane Marczewski meninggal dunia selepas bertarung melawan penyakit kanser payu dara sejak lima tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...