Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bot karam ragut enam jiwa

    ALGIERS, 8 OGOS – Enam penghijrah ditemui maut di laut dan yang lain hilang selepas bot mereka karam hari ini di luar pantai Algeria, lapor televisyen tempatan, sambil menambah enam mangsa berjaya diselamatkan.

    “Enam mayat telah ditemui dan enam orang yang cedera, termasuk seorang wanita hamil, telah dipindahkan ke hospital di Bainem,” barat ibu kota Algiers, menurut saluran televisyen swasta Ennahar.

    Bot itu karam sekitar 4 pagi waktu tempatan, tambahnya. Pencarian masih dijalankan bagi mangsa hilang. Penumpang bot itu berasal dari pelbagai negara sub-Sahara Afrika yang cuba untuk tiba ke Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...