Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Brad Pitt saman Angelina Jolie

    Pelakon Brad Pitt mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya Angelina Jolie kerana menjual ladang anggur tanpa persetujuaannya.

    Menurut laporan TMZ, Jolie telah pun menjual bahagian miliknya kepada seorang usawahan dari Rusia. Brad dikatakan telah melabur sejumlah wang besar dan juga tenaga ketika membeli ladang yang terletak di Perancis itu pada tahun 2008.

    Ketika itu kedua-duanya sepakat tidak akan menjual bahagian masing-masing tanpa persetujuan salah seorang antara mereka.

    Julai tahun lalu Jolie teleh membuat permohonan mahkamah untuk melakukan proses jual beli. Pitt membenarkan perkara tersebut namun tidak meletakkan sebarang persetujuan.

    Kemudian pada Oktober 2021, Pitt terkejut apabila mendapat tahu proses jual beli telah dijalankan. Pitt mendakwa tindakan Jolie itu dilakukan tanpa bertanyakan kepadanya terlebih dahulu. Dia kini memohon pihak mahkamah untuk membatalkan perjanjian jual beli tersebut.

    Pitt dan Jolie berkahwin pada Ogos 2014 dan sah bercerai pada April 2019. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaitu Shiloh serta pasangan kembar Knox dan Vivienne. Mereka juga mengambil tiga orang anak angkat iaitu Maddox, Zahara dan Pax. – Agensi

    Brad Pitt mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya Angelina Jolie kerana menjual ladang anggur tanpa persetujuaannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...