Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    City tewas di tangan Spurs

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 20 FEB – Kegagalan Manchester City untuk mendapatkan Harry Kane kembali menghantui mereka apabila kapten England itu menjaringkan dua gol untuk memastikan Tottenham mencatat kemenangan 3-2 di Etihad yang menghidupkan kembali saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Tandukan Kane pada minit ke-95, beberapa saat selepas pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Riyad Mahrez, memberikan kekalahan liga pertama City dalam 16 perlawanan.

    Liverpool kini boleh menghampiri tiga mata di belakang pendahulu sekiranya mereka memenangi perlawanan di gelanggang sendiri menentang Leeds pada hari Rabu.

    “Kami tidak perlu kalah dalam perlawanan untuk mengetahui betapa sukarnya untuk memenangi liga,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Ada, banyak perlawanan yang masih perlu dimainkan.”

    Perbezaan dalam prestasi antara kedua-dua pasukan jelas lebih ketara kerana Tottenham telah tewas tiga perlawanan liga sebelum ini.

    Tetapi Antonio Conte mengelak daripada tewas empat perlawanan buat pertama kalinya dalam kerjaya pengurusannya hasil persembahan pertahanan yang mantap dan ditambah dengan kecemerlangan oleh Kane dan Son Heung-min pada waktu rehat.

    “Pertama sekali saya tidak suka kalah,” kata Conte.

    “Reaksi kami adalah penting.

    “Kemenangan ini akan memberikan kami lebih keyakinan. Bukan mudah untuk menentang Manchester City selepas tiga kekalahan berturut-turut.”

    Kane adalah sasaran utama City musim panas lalu untuk menggantikan pemegang rekod penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero. – AFP

    Aksi Harry Kane menjaringkan gol dalam perlawanan EPL antara Tottenham Hotspurs dan Manchester City kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Diplomat Afghanistan letak jawatan susulan kes seludup emas AS$2 juta

    NEW DELHI, 6 MEI - Seorang diplomat tertinggi Afghanistan di India telah meletak jawatan beberapa hari selepas dia dilaporkan ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan...