Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Taklimat wawasan 2035 semarak Hari Kebangsaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Wawasan Brunei telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 secara dalam talian kepada pegawai-pegawai muda Program Eksekutif Muda (YEP) Kohot ke-6, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Wawasan Brunei, di sini, taklimat itu telah dikendalikan dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), JPM dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dalam sama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’.

    Seramai 29 orang pegawai muda yang baru berkhidmat dengan kementerian dan jabatan kerajaan menghadiri sesi pemberigaan berkenaan.

    Kenyataan menyatakan bahawa acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Pejabat Wawasan Brunei, Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim.

    Taklimat menyentuh me-ngenai kepentingan usaha sama melalui pendekatan seluruh perkhidmatan kerajaan ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

    Kemudian, taklimat diakhiri dengan sesi perbincangan antara para peserta YEP dan pegawai-pegawai Pejabat Wawasan Brunei, dalam berkongsi pandangan mengenai Wawasan Brunei 2035.

    Taklimat itu bermatlamat untuk memberigakan serta memberikan pendedahan meluas kepada pegawai-pegawai muda yang baru berkhidmat di sektor kerajaan mengenai usahausaha dan perkembangan negara ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035.

    Gambar ramai belia bersama wakil Pejabat Wawasan Brunei. – Gambar serahan JPM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...