Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Brunei catat 10 kes baharu COVID-19

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Negara Brunei Darussalam hari ini, telah mencatatkan sebanyak 10 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,516 orang.

    Daripada jumlah tersebut, lima adalah kes tempatan dan lima lagi adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 2,632 ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, oleh itu, kadar kes positif pada hari ini adalah sebanyak 0.4 peratus.

    Menurut kementerian itu lagi, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam kategori 4 dan satu kes masih dalam kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan bantuan mesin tambahan heart-lung machine (ECMO) di unit rawatan intensif.

    Dua kes pula telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes sembuh di negara ini kepada 15,319 kes manakala itu, 97 kes aktif.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate adalah sebanyak 2.3 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kenyataan menyatakan, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.6 peratus dan 93.4 peratus pula telah menerima dua dos vaksin manakala itu, 22.7 peratus telah menerima tiga dos.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...