Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Brunei catat 3,984 kes baharu COVID

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Enam kes yang disahkan positif COVID ketika ini berada dalam kategori 5 (memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif), manakala enam lagi dalam kategori 4 (memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi).

    Semasa sidang media petang tadi, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar turut mengongsikan bahawa tidak ada kes kematian yang disebabkan oleh COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    “Sebanyak 3,984 kes baharu telah dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 97,018 orang,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Daripada jumlah kes baharu itu, 3,152 adalah hasil ujian ART yang telah dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 832 adalah hasil 3,404 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Sementara itu, 3,296 kes telah disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 53,346, manakala jumlah kes aktif adalah sebanyak 40,225 kes.

    “Pada masa ini, kadar pengisian katil di seluruh negara ialah sebanyak 9.1 peratus.

    “Manakala 331 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital. Seramai 39,894 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah beliau.

    Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat kelmarin (7 Mac), beliau mengongsikan bahawa bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 57 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini manakala kadar satu dos dan dua dos adalah masing-masing melebihi 94 peratus.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menyeru kepada orang ramai untuk memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi dari segala mara bahaya, semoga semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham semasa sidang media di Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...