Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Brunei peringati Bulan Alzheimer Sedunia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali untuk bersama-sama dengan negara-negara di seluruh dunia untuk memperingati Bulan Alzheimer Sedunia pada setiap bulan September.

    Sehubungan dengan itu, Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dinyalakan dengan lampu berwarna ungu dari awal malam sehingga 12 tengah malam bersempena dengan Bulan Alzheimer Sedunia itu.

    Tema Bulan Alzheimer Sedunia tahun ini ialah ‘Kenali Demensia, Kenali Alzheimer’ yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai, khususnya mengenai tanda-tanda amaran demensia dan pentingnya diagnosis tepat pada masanya.

    Ia adalah kerana dengan mengetahui tanda-tanda amaran berkenaan, ia boleh memperkasa orang ramai untuk lebih bersedia mengurus atau menjaga seseorang yang menghidap penyakit demensia.

    Di Negara Brunei Darussalam, terdapat kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi, terutamanya tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang yang mana merupakan faktor risiko bagi demensia.

    Bagi mereka yang mempunyai penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal, risiko menghidap demensia adalah lebih tinggi berbanding mereka yang boleh mengawal penyakit tidak berjangkit dengan baik.

    Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dinyalakan dengan lampu warna ungu bermula jam 8 sehingga 12 tengah malam tadi sempena memperingati Bulan Alzheimer Sedunia pada setiap bulan September. Bulan Alzheimer tahun ini membawa tema, Kenali Demensia, Kenali Alzheimer bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai tanda-tanda amaran demensia dan diagnosis tepat pada masanya. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...