Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    BSM anjur Shell VPower Walk-A-Hunt 25 September

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) kembali lagi dengan acara berinspirasikan pencarian harta karun, dengan tema Shell VPower Walk-A-Hunt yang akan diadakan pada 25 September di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien semasa Program Bandarku Ceria.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil menjelaskan, “Kami mahu mencipta sesuatu yang menyeronokkan untuk pelanggan, rakan serta keluarga mereka pada acara jenama Shell V-Power untuk memahami manfaat prestasi dan kecekapannya.”

    Beliau turut berharap aktiviti yang menarik itu akan dapat memberi pelanggan mereka peluang untuk bersuka ria.

    Sehubungan itu, pendaftaran kini dibuka kepada orang ramai berumur 18 tahun ke atas dengan tiga orang sepasukan.

    Setiap peserta akan menerima kit perlumbaan berjenama Shell V-Power yang mengandungi baju dri-fit, tuala sukan dan beg bertali dengan hadiah tambahan pada hari acara.

    Hadiah utama untuk pasukan pemenang Shell V-Power Walk-A-Hunt berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik ke destinasi pilihan di ASEAN dengan menaiki Penerbangan Diraja Brunei.

    Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat tidak lewat pada 30 Ogos tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi keterangan lanjut boleh hubungi pusat panggilan 24 jam BSM.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...