Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Bersempena dengan Pesta Disember Brunei, D’Sunlit Sdn Bhd akan menganjurkan The Alpha Challenge 2022 – Cabaran Beta 10k yang akan berlangsung pada 11 Disember di Kompleks Sukan, Universiti Brunei Darussalam.
Sehubungan itu, Majlis Menandatangani Kerjasama Rasmi telah diadakan pagi tadi di D’Sunlit Sdn Bhd.
Hadir semasa majlis itu ialah Pengurus Operasi D’Sunlit Sdn Bhd, Ngu Tiing Siang yang diiringi Pengurus Pembangunan Perniagaan D’Sunlit Sdn Bhd, Gavin Chai.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil rasmi dari setiap organisasi dan badan korporat dengan diiringi oleh saksi.
The Alpha Challenge ialah cabaran berhalangan yang memberikan peluang kepada peserta untuk mencabar diri mereka secara mental dan fizikal, dengan melalui pelbagai halangan yang dibina di sepanjang laluan cabaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara tersebut, orang ramai bolehlah menghubungi D’Sunlit Sdn Bhd di talian 2453666 atau e-mel thealphachallengebn@gmail.com.
