Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Camille Vasques kini jadi rebutan firma guaman Hollywood

    Selepas memenangi kes saman fitnah Amber Heard, peguam Johnny Depp, Camille Vasquez menjadi perhatian firma guaman Hollywood.

    Menurut sumber The Post, Camille kini di tengah perang bidaan antara firma guaman yang mahukan dia dalam pasukan mereka berikutan prestasi cemerlangnya dalam perbicaraan kes pelakon tersebut.

    Camille, 37, dilihat sebagai peguam yang tegas, menjadi bintang dalam perbicaraan fitnah, bertengkar dengan Amber semasa soal balas yang sengit dan kadang-kala kejam, telah menjadi kesayangan dalam kalangan peminat Depp.

    Sumber turut memberitahu pintu Hollywood sudah terbuka untuk Camille, hanya dia yang perlu memilih.

    “Ejen-ejen bakat mengelilingi Camille kerana mereka menyedari bahawa dia adalah ‘unicorn’ – seorang peguam yang bijak, cerdik, tenang yang prestasinya memberi kesan semasa perbicaraan mendorongnya ke tahap situasi yang jarang berlaku,” ujar sumber. – Agensi

    Camille Vasques menjadi perhatian firma guaman Hollywood selepas memenangi kes saman fitnah Amber Heard. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...