Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Cari peluang kerjasama teknologi tenaga bersih

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Negara Brunei Darussalam dan Singapura berusaha untuk menyokong strategi peralihan tenaga dan mencari peluang bekerjasama ke arah mempromosikan teknologi tenaga bersih yang boleh diterokai.

    Ini termasuk dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, inovasi teknologi dan infrastruktur teknikal. Perkara tersebut antara yang dibincangkan oleh Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dengan Menteri bagi Tenaga Manusia dan Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Tan See Leng dan Ketua Pengarah, International Renewable Energy Agency, Francesco La Camera semasa mesyuarat makan tengah hari, hari ini.

    Ia bersempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura ke-15 (SIEW 2022), yang diadakan di Sands Expo and Convention Centre, Marina Bay Sands.

    SIEW 2022 yang diadakan dari 25 hingga 28 Oktober membawa tema A Resilient and Sustainable Energy Future, merangkumi dialog peringkat tinggi mengenai isu-isu tenaga menerusi ucaptama, panel perbincangan dan penyertaan penonton dalam pelbagai acara.

    Sementara itu, semasa menyampaikan Kuliah Tenaga Singapura, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong mengumunkan Singapura akan menaikkan sasaran iklim kebangsaannya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dan mengurangkan pelepasan kepada sekitar 60 juta tan carbon dioxide equivalent (MtCO2e) menjelang 2030.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa menghadiri SIEW 2022 di di Sands Expo and Covention Centre, Marina Bay Sands, Singapura. – Gambar serahan Jabatan Tenaga di JPM

    Sidang SIEW diikuti dengan Singapore-IEA Ministerial Roundtable, yang membawa tema, Energy Security in a Low Carbon World, di mana acara itu menyaksikan perbincangan dalam kalangan menteri-menteri dan pemimpin pemikir tenaga dari Asia Tenggara dan rantau Asia-Pasifik.

    Ia menumpu kepada keutamaan jangka pendek dalam pengurusan krisis masa kini, hubungan dan pertukaran antara sekuriti tenaga dan peralihan tenaga dari semasa ke semasa serta kolaborasi yang diperlukan untuk mencapai sebuah masa hadapan rendah karbon yang selamat tenaga dan berpaksikan penduduk.

    Manakala, Singapore-IRENA High-Level Forum dengan tema, Realising Green Energy Financing and Decarbonisation Opportunities for a Net-Zero Future, telah menyediakan peluang bagi wakil-wakil kerajaan peringkat tinggi, institusi kewangan, rakan kongsi pembangunan dan para pemimpin industri untuk bertemu bagi mengenal pasti laluan pembiayaan hijau untuk mengukuhkan laluan serta merealisasikan potensi penuh bagi kegunaan akhir teknologi penyahkarbonan dalam hala tuju ke sifar bersih.

    Sementara itu, Yang Berhormat Pehin telah mengadakan kunjungan kepada Menteri Perdagangan dan Industri, Republik Singapura, TYT Gan Kim Yong, kelmarin.

    Semasa kunjungan itu, kedua-dua belah pihak telah mengesahkan hubungan dua hala yang cemerlang yang terus dikongsi oleh Brunei dan Singapura serta berhasrat menyaksikan kerjasama tenaga dikembangkan lagi berdasarkan memorandum persefahaman bagi Kerjasama dalam Tenaga dan Ekonomi Hijau yang dimeterai semasa lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura Ogos lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...