Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cenderahati istimewa sidang kemuncak Asia

    BANGKOK – Jam tangan mewah khas daripada pemimpin Kemboja Hun Sen pada sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh, keris sepanjang satu kaki pada mesyuarat G20 di Bali dan aiskrim cengkerik dan mi Thai dengan sos cacing pada rundingan APEC di Bangkok.

    Perasaan teruja, hairan dan mengejutkan bakal menanti para pemimpin dunia apabila mereka menghadiri beberapa siri sidang kemuncak di Asia yang bermula minggu ini.

    Hun Sen telah mencetuskan kehairanan beberapa minggu lalu apabila beliau mengumumkan akan mengeluarkan jam tangan edisi khas untuk Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan pemimpin lain yang menghadiri sidang kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, yang berlangsung sehingga hujung minggu.

    Ramai yang meramalkan bekas komander Khmer Rouge itu akan memaparkan mukanya sendiri pada jam tangan bagi mengikut jejak langkah pemimpin yang autokratik sebelum ini, seperti Pemimpin Iraq, Saddam Hussein atau Muammar Gaddafi dari Libya.

    Namun kemasan akhir, yang dikatakan Hun Sen dicipta dan dikeluarkan di Kemboja, adalah jam tangan anggun berkilat dengan jarum emas-tembaga dan tali diperbuat daripada kulit, dengan perkataan ‘ASEAN Kemboja 2022’ tertera di permukaan jam.

    Berpakaian jubah sutera tradisional ‘durumagi’, pemimpin APEC bergambar ramai di Busan, Korea Selatan pada 19 November 2005. – AP
    Presiden AS George W Bush (kiri) dan Presiden Rusia Vladimir Putin melambai kepada jurugambar sebelum sesi gambar pemimpin pada sidang kemuncak APEC di Santiago, Chile pada 21 November 2004. – AP
    Gambar fail para pemimpin semasa sidang kemuncak APEC di Bangkok, Thailand. – AP
    Gambar serahan Agence Kampuchea Press menunjukkan jam tangan khas yang dikeluarkan Kemboja sebagai cenderahati untuk pemimpin dunia yang menghadiri sidang kemuncak ASEAN di Kemboja. – AP
    Tukang besi menempa keris tradisional yang diberikan sebagai cenderahati kepada pemimpin dan delegasi pada sidang kemuncak G20 di kampung Aung Tong di Menenep, pulau Madura, Indonesia pada 22 Jun 2022. – AP

    Hun Sen tidak mengatakan nilai hadiah itu ketika beliau melancarkannya pada minggu ini di laman Facebook, tetapi berkata beliau akan memakainya sendiri pada ketiga-tiga sidang kemuncak – sebelum ini salah satu jam tangan unik dan berjenama dalam koleksinya dengan harga AS$1 juta lebih telah menjadi sumber rungutan penduduk di negara miskin Kemboja.

    Selain Biden, ramai pemimpin dunia lain juga akan menerima jam tangan Kemboja, termasuk pemimpin Australia Anthony Albanese, pemimpin Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, akan berkunjung seterusnya dari Phnom Penh ke pulau Indonesia Bali di mana terdapatnya oleh-oleh atau buah tangan tradisional untuk semua pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20.

    Penganjur G20 pada tahun ini berkata pemimpin, juga dijangka termasuk Presiden China Xi Jinping, akan diminta memakai kemeja beraneka warna yang diperbuat daripada fabrik tenunan tradisional Bali endek, sama dengan kemeja yang diedarkan oleh Indonesia pada mesyuarat APEC 2013 anjuran mereka di mana negara itu menghidupkan semula tradisi sidang kemuncak iaitu gambar beramai-ramai dalam apa yang digelar oleh sesetengah pemimpin sebagai ‘kemeja pelik.’

    Tradisi itu dimulakan pada 1993 oleh Presiden Bill Clinton pada masa itu, yang menghadiahkan jaket kulit sebagai cenderamata kepada pemimpin yang hadir sebagai satu cara untuk meredakan suasana rundingan ekonomi yang serius.

    Di Indonesia, kesemua 120 wakil anggota dan bukan anggota yang hadir juga diberikan selendang yang dibuat daripada fabrik Bali dikenali sebagai gringsing, biasanya ditenun dalam corak geometri berwarna merah, putih dan hitam.

    Pemimpin juga akan menerima keris tradisional, pisau tak simetri tersendiri biasanya di antara 11 dan 14 inci panjang dengan mata beralun. Menurut penganjur, setiap keris mengambil masa satu dan enam bulan untuk dibuat, dan sementara digunakan sebagai senjata pertarungan sebelum ini, pisau belati itu pada hari ini biasanya dipakai pada majlis atau upacara istiadat khas.

    Tidak adanya ‘kemeja pelik’ tahun lalu pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, diadakan secara maya disebabkan pandemik, dengan tuan rumah New Zealand memberikan skarf bulu kambing biri-biri merino untuk lelaki dan mantel tanpa lengan untuk wanita.

    Nampaknya Thailand tidak merancang untuk memulihkan kemeja pada sidang kemuncak APEC di Bangkok tahun ini.

    Sebaliknya, penganjur berkata mereka akan menghadiahkan pemimpin tali leher sutera dan selendang, selain sapu tangan dan pelitup muka.

    Bagaimanapun, timbulnya keistimewaan dalam hidangan yang disajikan, memandangkan negara itu, terkenal dengan masakan, memperkenalkan firma baharu makanan Thai yang dipilih daripada pertandingan untuk memaparkan kemapanan di bawah konsep bergelar ‘pinggan ke planet.’

    Biden tidak dijangka menghadiri mesyuarat APEC, tetapi Naib Presiden Kamala Harris, Xi dan yang lain akan diberikan peluang untuk mencuba sajian seperti mi ramen tanpa karbohidrat yang dibuat daripada protein telur putih, aiskrim tanpa susu dengan sayur kubis daun dan markisa, mi Thai kurang sodium dengan sos yang dibuat daripada cacing pasir, dan aiskrim daripada protein cengkerik, kata jurucakap kerajaan Anucha Buraphachaisri.

    Cef selebriti Chumpol Chaengprai akan menyediakan makan malam gala untuk mengakhiri acara tersebut, di bawah konsep ‘gastronomi mampan Thai.’ Menunya masih belum diumumkan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...