Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Chelsea jinakkan Wolves

    LONDON, 9 OKT – Chelsea meraih kemenangan ketiga dalam perlawanan keempat di bawah pengendali baharu, Graham Potter, dengan menewaskan Wolves 3-0.

    Potter melakukan tujuh pertukaran ke atas skuad yang menewaskan AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu, dengan Reece James, Raheem Sterling dan Pierre-Emerick Aubameyang antara yang direhatkan.

    Chelsea mendahului permainan menerusi Kai Havertz di akhir babak pertama selepas dia menanduk hantaran Mason Mount.

    Christian Pulisic menambah jaringan selepas bermain satu dua dengan Mount pada minit ke-54, dan Armando Broja meledak gol pertamanya untuk Chelsea dengan rembatan padu pada minit ke-90.

    Selepas permulaan hambar di bawah kendalian Tuchel, Chelsea kini melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris hasil sentuhan Potter.

    Aksi Matheus Nunes (kiri) dan Kalidou Koulibaly menanduk bola semasa perlawanan di antara Chelsea dan Wolverhampton Wanderers di stadium Stamford Bridge di London pada 8 Oktober. – AP

    “Saya tidak rasa kami boleh berjaya dengan hanya 11 pemain. Kami tidak boleh menggunakan 11 pemain yang sama sehingga mereka jatuh dan cedera.

    “Apabila awda bermain tiga perlawanan dalam seminggu, awda perlu merancang menggunakan pemain lain yang lebih cergas dan terdesak untuk beraksi,” kata Potter.

    Sementara itu, Tottenham Hotspur kini tiga mata di belakang Manchester City selepas Harry Kane memastikan kemenangan 1-0 ke atas Brighton.

    Pasukan di tangga ketiga kendalian Antonio Conte itu menang buat pertama kali dalam tiga perlawanan selepas tewas di Arsenal dan seri di Eintracht Frankfurt.

    Kane meledak gol kelapannya musim ini pada minit ke-22, selepas kapten England itu menyempurnakan hantaran lintang Son Heung-min dengan tandukan tepat.

    Ia adalah kekalahan pertama buat pengendali baharu Brighton, Roberto De Zerbi selepas berjaya mengikat Liverpool 3-3 pada perlawanan pertamanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...