Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    China sumbang 4,270 tan beras ke Syria

    DAMSYIK, 17 JAN – Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Syria (SARC) kelmarin menerima bantuan kemanusiaan berbentuk beras seberat 2,520 tan untuk diagihkan kepada rakyatnya.

    Terdahulu, kerajaan China telah menyediakan sejumlah 1,750 tan beras kepada kumpulan pertama dan kedua bagi meredakan krisis pembekalan makanan setempat.

    Pada majlis penyerahan berkenaan, Duta Besar China ke Syria, Feng Biao berkata, China berharap barangan tersebut dapat membantu meringankan kesukaran hidup rakyat Syria. Pihaknya komited untuk menghulurkan lebih banyak bantuan, katanya.

    Presiden SARC, Khaled Kboubati turut menzahirkan penghargaan kepada China dan berkata negara itu telah memberi banyak bantuan kemanusiaan sejak tercetusnya krisis di Syria pada 2011. Justeru, beliau berharap agar hubungan kerjasama dua hala antara kedua negara terus berkembang. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...