Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    CMGS mengalu-alukan pelajar HDR baharu

    MIRI – Sekolah Siswazah Curtin Malaysia (CMGS) dan Persatuan Penyelidikan Pasca Siswazah Curtin Malaysia (CMPRA) baru-baru ini mengalu-alukan kehadiran 27 pelajar Ijazah Tinggi Penyelidikan (HDR) baharu ke Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia).

    Pelajar-pelajar itu termasuk beberapa pelajar antarabangsa dari Indonesia, Vietnam, India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Nigeria dan Zimbabwe, di mana beberapa daripada mereka kembali ke kampus buat kali pertama berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Kira-kira 50 pelajar HDR dan kakitangan pengurusan semasa termasuk Timbalan Pro Naib Canselor Curtin Malaysia, Profesor Vincent Lee Chieng Chen, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan CMGS, Profesor Agus Saptoro, dan wakil tiga fakulti Curtin Malaysia turut menyertai acara itu.

    Dalam ucapan mengalu-alukan pelajar-pelajar baharu itu, Presiden CMPRA, Melvin Wee berkata beliau gembira melihat muka baharu dan dikenali di kalangan pelajar. Beliau menyatakan harapan acara itu akan meningkatkan interaksi dan sokongan rakan sebaya di kalangan pelajar HDR dan menjemput mereka untuk mengambil bahagian secara aktif dalam acara CMPRA.

    Acara tersebut diikuti dengan ceramah mengenai The HDR Journey oleh Profesor Saptoro di mana beliau mengulangi bahawa fokus utama pelajar HDR adalah untuk menjalankan penyelidikan canggih, menyelesaikan projek penyelidikan mereka tepat pada masanya, dan akhirnya layak untuk ijazah mereka. Walau bagaimanapun, mereka juga harus memanfaatkan pengalaman pelajar mereka yang terbaik dengan mengambil bahagian dalam aktiviti bukan akademik di kampus, dan mengambil peluang untuk mengembangkan rangkaian profesional mereka.

    “Rakan pelajar HDR awda yang duduk di dalam bilik ini akan menjadi rakan seumur hidup awda dan sebahagian daripada mereka boleh menjadi bos dan rakan sekerja masa depan awda. Oleh itu, adalah amat penting untuk awda mengenali mereka dan membina hubungan kolegial dengan mereka,” tegasnya.

    Profesor Saptoro juga memberi jaminan bahawa pelajar mempunyai akses kepada pelbagai sistem sokongan yang disediakan oleh penyelia pascasiswazah, pengerusi tesis, ahli fakulti, dan CMGS sendiri untuk memastikan projek HDR yang berjaya dan bermanfaat.

    Para pelajar juga mendengar ceramah daripada Pengarah Kesihatan, Kaunseling dan Perkhidmatan Kurang Upaya Curtin Malaysia, Dr Adeline Wong, mengenai kehidupan pelajar di luar negara, nilai teras yang perlu dipatuhi oleh pelajar pasca siswazah, dan kesedaran kesihatan mental.

    Beliau juga menekankan kepentingan memupuk hubungan baik dengan rakan sebaya dan penyelia serta menggunakan sepenuhnya sistem sokongan yang ada, termasuk perkhidmatan kesihatan dan kaunseling yang disediakan oleh jabatannya. Untuk sesi suai kenal dan memupuk pembinaan pasukan, serta memberi peluang kepada pelajar baharu meneroka kampus, pelajar membentuk kumpulan untuk melakukan aktiviti treasure hunt di seluruh kampus.

    Presiden CMPRA Melvin Wee ketika memberikan ucapan. – Gambar serahan Curtin Malaysia
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...