Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Concepts Computer rai hari raya

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang terus diraikan memberikan peluang kepada keluarga dan sahabat handai untuk mengeratkan lagi hubungan.

    Dalam hubungan itu, Concepts Computer juga tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kakitangan dan rakan-rakan yang berlangsung di Dewan Brilliance, Concepts Computer, Kiulap, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan untuk mengalu-alukan kakitangan dan para jemputan ialah Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao dan Pengawal Kewangan Concepts Computer, Alice Chan.

    Majlis dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan sambil meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Vincent Pao bergambar ramai bersama kakitangan Concepts Computer sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Brilliance, Concepts Computer, Kiulap, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...