Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    COVID: 244 kes baharu dilaporkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Sebanyak 1,621 dos vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, yang membawa kepada jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 27,694 dos iaitu 64.5 peratus.

    Manakala, sebanyak 1,188 dos kedua vaksin COVID-19 telah diberikan kepada kanak-kanak dalam golongan tersebut yang membawa kepada jumlah dos kedua kepada 5,996 dos iaitu 14.0 peratus.

    “Sementara itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah pada kadar 67.2 peratus,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, sebanyak 244 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 236 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan lapan kes hasil daripada 332 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 143,616 kes,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Beliau kemudiannya berkata bahawa tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala itu, dua kes sedang berada dalam kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Sebanyak 100 kes pula telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 142,061 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,336 kes iaitu 28 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,308 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk terus berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya akan sentiasa terpelihara daripada segala bencana, termasuk apa-apa jua jenis wabak penyakit.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa berucap pada sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin. Hadir sama ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...