Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Kem. Pendidikan mulakan amalan sihat di tempat kerja

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Aktiviti senaman berjadual bagi Kementerian Pendidikan telah pun dimulakan hari ini di kawasan letak kereta, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan bermula 4:30 sehingga 5:30 petang.

    Pembukaan Aktiviti Senaman bagi Program Kesihatan dan Tempat Kerja (WAH) anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum itu telah dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Turut hadir ialah timbalan setiausaha tetap (Pengajian Tinggi), pemangku pengarah Pendidikan Kokurikulum serta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.

    Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran, meluaskan pengetahuan, kecekapan mengenai gaya hidup sihat dan menekankan kepentingan tindakan bersepadu dalam mengesan, mencegah serta menangani faktor-faktor risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit khususnya di tempat kerja.

    Sebanyak 30 sesi aktiviti senaman akan dijalankan secara berjadual di semua cawangan daerah yang akan diketuai oleh ketua-ketua jabatan dari Kementerian Pendidikan.

    Dr Haji Azman bersama-sama warga Kementerian Pendidikan melakukan senaman di tempat kerja.
    Antara yang menyertai aktiviti tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...