Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Dalang sindiket dadah di Riau, Indonesia ditahan polis Malaysia

    JAKARTA, 23 MEI – Seorang lelaki dikenali sebagai Marno yang melarikan diri daripada polis daerah Riau atas tuduhan mengedar dadah telah ditahan di Malaysia, lapor media Indonesia, hari ini.

    Marno dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 411 kilogram yang dirampas Polis Riau.

    “Sejumlah 62 kilogram methamphetamine ditemukan bersama suspek ketika ditahan oleh Polis Johor,” kata pengarah narkotik polis daerah Riau, Pesuruhjaya Yos Guntur, lapor media dalam talian.

    Beliau menegaskan bahawa penahanan itu adalah bukti kerjasama erat antara Polis Malaysia dan Polis Riau dalam menangani sindiket pengedaran dadah rentas sempadan.

    Polis daerah Riau merampas 290kg methamphetamine semasa operasi awal tahun ini, termasuk 121kg methamphetamine pada 2022 yang dikaitkan dengan kumpulan pengedaran dadah Marno. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...