Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tentera Israel roboh rumah pejuang Palestin

    NILIN, 23 MEI – Tentera Israel merobohkan rumah pejuang Palestin di Tebing Barat yang terbunuh dalam insiden tembakan di tengah Tel Aviv pada Mac lalu.

    “Pasukan tentera dan polis sempadan memusnahkan rumah di kampung Nilin, Mutaz Khawaja, yang melakukan serangan tembak pada 9 Mac 2023 di Dizengoff Street, Tel Aviv,” kata kenyataan tentera.

    Khawaja, 23, adalah anggota sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, kata kumpulan Islam Palestin yang memerintah Gaza.

    Dia ditembak mati oleh polis Israel selepas serangan itu yang membunuh seorang warga Israel dan mencederakan dua lagi mangsa.

    Kampung asalnya terletak berhampiran dengan Laluan Hijau yang memisahkan Israel dari Tebing Barat yang diduduki dan hampir 20 kilometer dari Tel Aviv.

    Datuk Bandar Nilin, Yusef Khawaja berkata tentera Israel meminta semua penduduk blok pangsapuri empat tingkat itu meninggalkan rumah mereka sebelum merobohkan apartmen berkenaan pada waktu subuh.

    Tentera turut bertempur dengan ‘perusuh’ semasa operasi itu, kata tentera. Datuk Bandar berkata tiga orang cedera. – AFP

    Penduduk Palestin memeriksa rumah pejuang Hamas yang dirobohkan oleh tentera Israel di kampung Tebing Barat, Nilin, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Diplomat Afghanistan letak jawatan susulan kes seludup emas AS$2 juta

    NEW DELHI, 6 MEI - Seorang diplomat tertinggi Afghanistan di India telah meletak jawatan beberapa hari selepas dia dilaporkan ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan...