Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dapatkan perkhidmatan pitstop secara percuma

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Pelanggan-pelanggan yang membuat pembelian minyak Shell V-Power di stesen-stesen minyak terpilih pada bulan ini akan berpeluang menikmati Pitstop Service Shell V-Power secara percuma.

    Menurut Ketua Komersial Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM), Dayang Erdiana Mulyati binti Haji Abdul Rahim, BSM menawarkan pitstop untuk pelanggan-pelanggan yang membuat pembelian Shell V-Power pada bulan ini.

    “Jadinya pelanggan-pelanggan berkenaan, boleh menggunakan perkhidmatan pitstop dengan percuma di mana perkhidmatan itu adalah termasuk pembersihan cermin kereta dan penggilapan tayar kereta,” jelasnya.

    Beliau menambah, perkhidmatan pitstop itu adalah percuma bagi pelanggan-pelanggan yang membuat pembelian Shell V-Power, tanpa mengira jumlah harga pembelian mereka.

    Mengulas mengenai tujuan mengadakan perkhidmatan itu, beliau berkata ia adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelanggan-pelanggan Shell V-Power untuk menik-mati perkhidmatan yang lebih istimewa bagi mereka.

    Perkhidmatan pitstop boleh didapatkan di Stesen Minyak TAIB Beribi dan Stesen Minyak Tumasek, Bandar Seri Begawan hingga hujung Ahad ini dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan dari pukul 1 petang hingga 4 petang kecuali Jumaat pada pukul 2 petang hingga 5 petang.

    Sementara itu, pada 13 November di Stesen Minyak Roxana, Seria dan Stesen Minyak Shahryza, Bunut dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan pukul 1 petang hingga 4 petang.

    Dayang Erdiana Mulyati menerangkan me-ngenai perkhidmatan pitstop yang ditawarkan secara percuma kepada pelanggan Shell V-Power.
    Petugas-petugas menawarkan perkhidmatan membersihkan cermin dan menggilap tayar kereta bagi pelanggan Shell V-Power.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...