Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    De Bruyne menyerlah

    LEICESTER, UNITED KINGDOM, 30 OKT – Pep Guardiola berkata Kevin De Bruyne kembali ke tahap terbaik selepas sepakan hebat pemain tengah Manchester City itu mengesahkan kemenangan 1-0 di Leicester seterusnya membawa juara bertahan itu ke persada Liga Perdana Inggeris malam tadi.

    Skuad kendalian Guardiola beraksi tanpa Erling Haaland di Stadium King Power selepas pemain Norway itu tidak sempat pulih daripada kecederaan pergelangan kaki.

    Namun selepas prestasinya agak menurun, De Bruyne memastikan ketiadaan penyerang prolifik itu tidak terlalu dirindu apabila meledak jaringan pada babak kedua.

    “Dia sudah kembali. Dia tidak bermain baik dalam perlawanan terakhir tetapi dia menakjubkan,” kata Guardiola.

    “Dia menyedarinya. Dia ialah pemain yang kami tahu perlu menjadi dinamik dan bebas. Tetapi sukar melepasi lima pertahanan di belakang dan pemain tengah bertahan kerana terlalu sedikit ruang.”

    Kemenangan pertama City dalam empat aksi terakhir membawa mereka satu mata di atas pasukan kedua, Arsenal yang menanti kehadiran Nottingham Forest pada Ahad.

    Selepas kekalahan di tangan Liverpool, City kembali menemui sentuhan dengan mencatat kemenangan berturut-turut bagi mengesahkan keazaman tinggi mereka untuk mencari gelaran kelima dalam enam tahun.

    “Ia kemenangan yang besar buat kami. Bertemu Leicester di tempat lawan sentiasa rumit. Kami perlu menderita,” kata Guardiola.

    “Ia keputusan yang bagus apabila awda bermain awal pada Sabtu dan menang. Kini kami perlu menunggu apa yang akan terjadi pada pasukan lain.” – AFP

    Aksi Kevin De Bruyne mengambil sepakan percuma semasa dalam perlawanan antara Manchester City dan Leicester City di stadium King Power di Leicester, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...