Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Deaflympic: Ramli Ismail catat rekod peribadi di Brazil

    KUALA LUMPUR, 5 MEI – Atlet Deaflympic Malaysia, Ramli Ismail berjaya meraih tempat ke-15 daripada keseluruhan 33 pelumba pada temasya Sukan Deaflympic ke-24 di Brazil semalam (awal pagi Khamis di Malaysia).

    Menurut Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dalam kenyataan di sini, Ramli menerusi acara ujian masa berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 30 kilometer di Farroupilha, Rio Grande do Sul dengan catatan masa 52 minit 35 saat.

    Ia sekali gus merupakan rekod catatan peribadi terbaik anak kelahiran Johor itu setakat ini.

    Dalam saingan itu, pingat emas dimenangi pelumba Perancis, Theo Moreau yang mencatat masa 47 minit 01 saat diikuti pingat perak oleh pelumba Poland, Pawel Arciszewski dengan catatan masa 47 minit 57 saat dan pingat gangsa diraih oleh pelumba Portugal, Andre Soares dengan catatan masa 48 minit 03 saat.

    Ramli yang membuat penampilan sulung di sukan Deaflympic, turut mengambil bahagian dalam acara lebuh raya esok. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...