Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Dedah guru sekolah kepada aspek keselamatan kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa bertanggungjawab dan ilmu pengetahuan mengenai aspek keselamatan kebakaran, seramai 19 orang guru sekolah swasta di Daerah Tutong menyertai Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari, baru-baru ini.

    Diadakan pada 6 hingga 8 September lalu, kursus telah dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi E, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dan dilaksanakan dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan dan keperluan daripada JBP mengenai situasi wabak COVID.

    Semasa kursus dijalankan, peserta didedahkan mengenai kepentingan keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta menjalankan latihan praktikal iaitu latihan pengosongan bangunan bagi guru-guru sekolah yang berlangsung di Sekolah Chung Hwa Tutong.

    Peserta juga didedahkan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan yang diambil apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik, mengetahui tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara menyelamatkan diri dari terperangkap dalam bangunan apabila berlakunya kebakaran.

    Mereka juga berpeluang untuk mengadakan lawatan ke Unit Operasi Wanita di mana mereka diberikan pengenalan kepada perkakas bomba.

    Guru-guru dari sekolah swasta Daerah Tutong diberikan tunjuk ajar mengenai tatacara betul penggunaan alat pemadam api. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...