Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Di sebalik kisah Mawi Dalam Lautan Manusia

    Di sebalik populariti yang di kecapi, mungkin ramai tidak tahu cabaran serta dugaan yang dilalui penyanyi Mawi.

    Segala kisah suka dan duka sepanjang bergelar anak seni dikongsi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, kongsian dalam buku autobiografi berjudul Mawi Dalam Lautan Manusia.

    “Saya kongsi kisah suka duka sebelum dan selepas menyertai Akademi Fantasia. Orang nampak hanya luaran sahaja, mereka tidak tahu apa yang telah saya lalui selama ini.

    “Populariti itu memang indah, tetapi banyak ujian yang terpaksa saya tempuh,” ujarnya kepada wartawan.

    Dalam masa sama, Mawi yang merupakan juara Akademi Fantasia 3 (AF) berharap buku ini boleh menjadi inspirasi buat mereka yang mahu menceburi bidang seni.

    Mawi gembira dapat kongsi pengalaman menerusi buku penulisan sendiri. – Agensi

    Mawi juga terbuka menceritakan bagaimana dia berhadapan dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.

    “Ada sedikit saya ceritakan tentang gosip sebelum ini. Jika rasa perlu diceritakan saya tulis.

    “Kita tidak boleh harap seperti apa yang kita impikan. Orang hanya melihat perkara indah sahaja dalam dunia glamor.

    “Ramai yang nak jadi artis popular, jadi dengan buku ini boleh beri sedikit panduan sebagai persediaan,” ujarnya.

    Mawi mengambil tempoh setahun untuk menyiapkan buku ini dengan bantuan seorang rakan sebagai rujukan dalam bidang penulisan.

    Sementara itu, Mawi bakal tampil dengan filem baharu berjudul Hantu Kuat Ketawa terbitan syarikat miliknya Mawi World Entertainment, di mana dia juga bertindak sebagai penulis skrip dan pengarah. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...