Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Dialog tingkat kredibiliti pegawai masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Dalam usaha meningkatkan kredibiliti pegawai dan kakitangan masjid, satu sesi dialog telah diadakan di Dewan Serba guna Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, hari ini.

    Seramai 96 orang pegawai masjid berkhidmat dari tahun 2019 sehingga 2022 menghadiri sesi dialog bersama Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Ia turut dihadiri oleh Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, ketua-ketua bahagian, pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid.

    Selain mengukuhkan hubungan, sesi dialog juga bertujuan mengukuhkan dan mengeratkan silaturahim para pegawai dan kakitangan masjid dalam mentadbir sesebuah masjid.

    Antara pegawai dan kakitangan yang hadir pada sesi dialog itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...