Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Didenda $900 miliki daging mentah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Individu memiliki barang-barang tegahan berupa daging mentah di rumahnya di Kampung Kilanas, Dayang Zuraiyati binti Haji Zainal telah  dikenakan denda $900 di bawah Perintah Eksais 2006.

    Dayang Zuraiyati didapati bersalah kerana memiliki sejumlah 135.8 kilogram (kg) tongkeng ayam dan 9.2kg daging mentah.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), dia ditahan dalam satu operasi bersepadu dijalankan oleh pegawai-pegawai penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) di Jabatan Hal Ehwal Syariah dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja pada 5 Julai lalu.

    Sehubungan itu, KHEU menyarankan para peniaga supaya memastikan daging-daging mentah diterima daripada pembekal daging halal yang sah sama ada dari pusat penyembelihan tempatan yang mempunyai sijil halal, sijil penyembelih dan lesen membekal atau pengimport yang telah mendapat permit import halal dari Majlis Ugama Islam Brunei.

    BKMH bersama-sama agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa meningkatkan rondaan dan operasi bagi memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan di negara ini sentiasa dipatuhi.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...