Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Diet HCG rahsia Shahz Jaszle turun 14kg

    Sedar penampilan menjadi faktor utama untuk kekal relevan dalam industri seni, pelakon Shahz Jaszle, 34, sanggup berusaha menurunkan berat badannya hanya dalam tempoh 23 hari.

    Menurut Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, dia mengamalkan diet human chorionic gonadotropin (HCG) dan hanya mengambil 500 nilai kalori sehari sepanjang tempoh tersebut.

    “Sebelum ini saya jarang diberi watak utama atas faktor fizikal. Jadi saya tanamkan dalam diri untuk dapatkan bentuk badan yang baik sebagai tanda kemunculan semula.

    “Saya berjaya turunkan sebanyak 14 kilogram dari 86kg sebelum itu. Setiap hari saya hanya makan ikan siakap yang dikukus dan brokoli. Memang rasa muak, tetapi demi hendak kurus saya sanggup buat,” katanya kepada mStar.

    Shahz ditemui ketika sidang media pelancaran drama baharu lakonannya berjudul Cinta Hilang Kata yang akan mula bersiaran pada 18 Julai ini di saluran Astro Prima.

    Shahz usaha turunkan berat badan demi kerjaya. – Agensi

    Diet HCG ialah diet ketat bertujuan menurunkan berat badan dalam tempoh yang cepat dalam sehari.

    Ia dikatakan mampu meningkatkan metabolisme dan kehilangan lemak tanpa menyebabkan rasa lapar.

    HCG ialah hormon yang dihasilkan dalam jumlah yang besar semasa awal kehamilan.

    Menurut Shahz dia sendiri dapat merasakan layanan berbeza yang diberi apabila penampilannya kini mula berubah.

    Malah Shahz turut menzahirkan rasa syukur kerana masih diberi kepercayaan untuk menggalas watak hero meskipun semakin ramai artis baharu muncul ketika ini.

    Sementara itu, Shahz berkata, walaupun sudah berpengalaman dan bergelar senior dalam industri lakonan, namun ia bukan alasan untuknya bersikap demanding.

    “Sebagai pelakon semestinya saya ada harga sendiri, namun itu tidak bermakna saya demanding. Industri ini juga ialah sebuah perniagaan dan harga untuk sesebuah tawaran masih boleh runding,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...