Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Boris Johnson umum peletakan jawatan

    LONDON, 7 JULAI – Boris Johnson meletak jawatan selaku ketua parti Konservatif Britain hari ini, memberi peluang untuk pemilihan perdana menteri baharu selepas puluhan menteri meletak jawatan kerana kerajaannya yang diselubungi skandal.

    “Ia adalah jelas bahawa hasrat ahli parti Konservatif ingin melantik ketua baharu mereka, sekali gus perdana menteri baharu juga,” kata Johnson di luar bangunan 10 Downing Street.

    Johnson, 58, mengumumkan beliau akan mengundurkan diri selepas beberapa menterinya meletak jawatan sebagai bantahan pada cara kepimpinannya tetapi akan kekal menjadi perdana menteri sehingga mereka menemukan pengganti baharu.

    Sementara itu, jadual kempen kepimpinan Tory akan diumumkan pada minggu depan, katanya, selepas tiga tahun menjawat kedudukan itu dalam menguruskan Brexit, pandemik COVID dan kontroversi yang secara berterusan merosakkan reputasinya kerana berbohong.

    Pemilihan pemimpin baharu akan diadakan pada musim panas dan pemenang akan menggantikan Johnson sebagai perdana menteri menjelang sidang tahunan yang berlangsung pada awal Oktober nanti, menurut laporan BBC dan pengamal media lain.

    Boris Johnson semasa menyampaikan pengumumannya di luar bangunan 10 Downing Street, London. – AFP

    Beliau berkata beliau berasa sedih kerana terpaksa melepaskan pekerjaan yang terbaik di dunia itu, dan berusaha memperjuangkan pada saat-saat akhir untuk memberikan mandat yang dimenanginya dalam pemilihan umum pada Disember 2019.

    Dalam beberapa jam mengumpul kekuatan hingga ke saat pengumuman Johnson, ketua pembangkang Buruh, Keir Starmer berasa senang dengan pengundurannya sebagai pemimpin kerajaan.

    Tetapi Starmer berkata, “kerajaan memerlukan perubahan yang betul dan menuntut usul tidak percaya dalam pilihan raya umum, daripada sebaliknya ‘membiarkan Johnson memegang jawatan itu selama berbulan-bulan’.

    Walaupun bakal mengundurkan diri, Johnson ingin mengukuhkan kerajaan dengan melantik beberapa individu untuk mengisi tempat menteri kabinet yang telah meletak jawatan.

    Mereka termasuk Greg Clark, pihak pembangkang yang menentang perpisahan Britain daripada Kesatuan Eropah, yang dimenangi oleh Johnson. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...