Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Dos penggalak Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun diluluskan

    LOS ANGELES, 18 MEI – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya lima bulan selepas lengkap suntikan vaksin utama.

    Pada 3 Januari, FDA meluluskan penggunaan satu dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech COVID untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun selepas lengkap dua dos vaksin.

    “Meskipun jangkitan COVID-19 dilihat kurang menjejaskan kanak-kanak berbanding orang dewasa, gelombang Omicron menyaksikan lebih ramai kanak-kanak sakit dan dimasukkan ke hospital, serta golongan ini kemungkinan mengalami kesan dalam jangka panjang, walaupun pada mulanya hanya bergejala ringan,” kata Pesuruhjaya FDA Robert Califf dalam satu kenyataan. – Bernama

    Seorang jururawat memegang bebuli vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun (kanan) dan bebuli vaksin untuk orang dewasa di sebuah stesen vaksinasi di Jackson, Mississippi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...