Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dua adik-beradik bangsa Iban peluk Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Dua orang adik-beradik berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya yang baharu dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di sebuah rumah kediaman di Perumahan Panaga, Mukim Seria, kelmarin.

    Awang Suhaimi Anak Sulau, 26 tahun dan Awang Roziman Anak Sulau, 25 tahun telah memilih nama Islam mereka sebagai Awang Muhd Helmi Wafiy bin Muhd Ammar Naim dan Awang Muhd Roziman Al-Hadi bin Muhd Ammar Naim.

    Hadir menyaksikan majlis penuh berkat itu ialah Penolong Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Nurhuwaina binti Mamud. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan lafaz ikrar pengislaman di hadapan pegawai pengislaman iaitu Awang Abdul Khaliq bin Kamree dan kakitangan Unit Pengislaman, Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait serta ahli keluarga.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Awang Muhd Helmi Wafiy dan Awang Muhd Roziman Al-Hadi oleh tetamu kehormat. Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

    Menurut statistik Unit Pengislaman di Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait mencatatkan seramai 33 orang yang memeluk agama Islam sejak awal tahun ini di daerah tersebut, iaitu 13 orang berbangsa Iban, 11 orang berbangsa Dusun, empat orang berbangsa Cina dan empat orang berbangsa Filipina serta seorang berbangsa India.

    Awang Muhd Helmi Wafiy dan Awang Muhd Roziman Al-Hadi semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang diadakan di Perumahan Penaga, Mukim Seria, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...