Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dua filem Avengers ditayangkan pada 2025

    Presiden Marvel Studios, Kevin Feige baru-baru ini mengumumkan bakal melancarkan dua filem Avengers pada 2025.

    Dua filem tersebut ialah Avengers: The Kang Dynasty yang akan ditayangkan pada 2 Mei 2025 manakala Avengers: Secret Wars pada 7 November 2025.

    “Kedua-dua filem tersebut akan melengkapkan saga kedua MCU, iaitu The Multiverse Saga,” katanya.

    Kedua-dua filem Avengers: The Kang Dynasty dan Avengers: Secret Wars akan melanjutkan kisah Avengers: Endgame yang telah ditayangkan pada 2019 lalu.

    Filem terakhir Avengers itu menjadi karya terlaris sepanjang zaman dengan keuntungan dilaporkan lebih dari AS$2.79 bilion atau RM11.99 bilion.

    Avengers: Endgame mengisahkan tentang sambungan perjuangan Avengers melawan Thanos. Mereka berusaha untuk mengembalikan alam semesta seperti sediakala setelah Thanos melenyapkan setengah populasi bumi.

    Para Avengers berhasil menundukkan Thanos dan mengembalikan keadaan bumi seperti sediakala.

    Namun, perjuangan mereka dibayar dengan kematian Iron Man atau Tony Stark dan Black Widow dalam Infinity War. – Agensi

    Kevin Feige mengumumkan bakal melancarkan dua filem Avengers pada 2025. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...