Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Dua firma tenaga umum projek perangkap CO2

    OSLO, 30 OGOS – Dua firma tenaga hari ini mengumumkan mengenai sebuah projek untuk mengambil karbon dioksida (CO2) yang diperangkap di Jerman melalui saluran paip ke tapak penyimpanan luar pesisir di Norway.

    Rakan kerjasama antara syarikat gergasi minyak dan gas Norway, Equinor dan Wintershall Dea dari Jerman melibatkan pembinaan saluran paip sepanjang 900 kilometer menghubungkan kemudahan yang mengumpulkan CO2 di utara Jerman dengan tapak penyimpanan di Norway menjelang 2032.

    Saluran paip itu akan mempunyai kapasiti 20 juta hingga 40 juta ton CO2 setiap tahun, bersamaan de-ngan 20 peratus pencemaran industri tahunan di Jerman setahun, menurut kenyataan syarikat-syarikat tersebut.

    “Ini merupakan kerjasama tenaga yang erat untuk menyokong kluster industri Eropah untuk menyahkarbon dalam operasi mereka,” kata ketua eksekutif Equinor, Anders Opedal.

    Sebelum ini, mereka mencadangkan untuk membawa CO2 melalui kapal sebelum cadangan menggunakan saluran paip dipertimbangkan. – AFP

    Equinor dan Wintershall Dea akan menjalin hubungan kerjasama bagi sebuah projek untuk memerangkap CO2 melalui saluran paip ke tapak penyimpanan di Norway. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...