Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Dua maut tanah runtuh di Brazil

    RIO DE JANEIRO, 1 DIS – Sekurang-kurangnya dua maut manakala puluhan lagi mangsa hilang akibat tanah runtuh yang menimbus sebahagian lebuh raya di selatan Brazil.

    Runtuhan tanah juga menghanyutkan sekurang-kurangnya 20 kereta dan lori, kata pihak berkuasa semalam.

    Banjir lumpur menuruni kawasan bukit curam sejak Isnin lalu selepas hujan lebat selama beberapa hari di negeri Parana, sebelum menimbus lebuh raya BR 367.

    Menurut Ketua Pasukan Kecemasan tempatan, Manoel Vasco, hujan lebat menyebabkan aliran lumpur mengalir laju menuruni lereng bukit yang curam dan mencetuskan bencana.

    Jelas beliau, cuaca buruk dan lokasi kejadian yang jauh di pedalaman menyukarkan usaha menyelamat yang turut menggunakan dron dipasang kamera pengesan haba dengan harapan dapat mengesan mangsa yang masih hidup.

    “Sukar untuk mengetahui jumlah sebenar mangsa. Sebuah kenderaan boleh memuatkan satu hingga lima orang. Kami sedang berusaha dengan anggaran 30 hingga 50 orang hilang,” katanya pada sidang akhbar.

    Dua mayat ditemui setakat ini dan enam mangsa terselamat termasuk datuk bandar pantai Guaratuba. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...