Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Duta baharu China tiba di Washington

    MOSCOW, 23 MEI – Duta baharu China ke Amerika Syarikat (AS), Xie Feng, akan tiba di Washington hari ini untuk memulakan tugasnya, lapor Sputnik memetik laporan Politico.

    Ketibaan Xie, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Menteri Luar, berkemungkinan mencerminkan hasrat Beijing untuk meredakan ketegangan dalam hubungan dengan AS dan susulan kenyataan Presiden Joe Biden mengenai ‘mengurangkan hubungan dingin’ antara negaranya dan China, menurut laporan itu.

    Wakil diplomatik baharu itu perlu berurusan dengan hubungan yang mencapai paras terendah dalam tempoh 50 tahun berikutan ketegangan dalam isu Taiwan, perdagangan dan insiden yang melibatkan belon pengintip China yang didakwa ditembak jatuh pada Februari. – Bernama

    Duta baharu China ke Amerika Syarikat, Xie Feng, tiba di Washington hari ini untuk memulakan tugasnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...