Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Emirates Airlines umum kerugian AS$1.1 bilion

    DUBAI, 13 MEI – Syarikat penerbangan Emirates mengumumkan kerugian tahunan ‘yang lebih rendah’ sebanyak AS$1.1 bilion hari ini, berkurangan daripada AS$5.5 bilion setahun sebelumnya, ketika sekatan perjalanan pandemik dilonggarkan.

    Kerugian mencecah 3.9 bilion dirham (AS$1.1 bilion) dalam tahun kewangan 2021-2022 hingga Mac, dengan pendapatan meningkat 91 peratus, ketika syarikat penerbangan mengembangkan kapasiti global dan mengembalikan penerbangan, kata Emirates dalam satu kenyataan.

    Menurut syarikat penerbangan itu, ia menerima suntikan modal berjumlah AS$954 juta daripada pemiliknya, kerajaan Dubai, untuk membantunya mengatasi krisis.

    “Tahun ini, kami menumpu pada pemulihan operasi penerbangan dengan segera dan selamat pada bila-bila masa sekatan dilonggarkan di seluruh pasaran,” kata pengerusi dan ketua eksekutif, Sheikh Ahmed bin Saeed Al-Maktoum.

    “Pemulihan perniagaan telah meningkat terutamanya dalam separuh tahun kedua. Permintaan pelanggan yang memberangsangkan membantu mempertingkat prestasi kewangan kami berbanding kerugian yang dicatat pada tahun lalu dan akan memperkukuh lagi imbangan wang tunai yang sedia ada.”

    Dalam tahun kewangan fiskal lalu, Emirates membawa 19.6 juta penumpang, meningkat sebanyak 197 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

    “2021-2022 juga tahun yang signifikan apabila UEA menyambut ulang tahun ke-50 dan menganjur Ekspo 2020 Dubai yang berjaya menyaksikan penglibatan dan kunjungan global ke UAE,” kata Sheikh Ahmed. – AFP

    Gambar fail menunjukkan kapal terbang Emirates Airlines terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Emirates mengumumkan kerugian tahunan berjumlah AS$1.1 bilion kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...