Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Emma Watson suarakan solidariti dengan Palestin

    Pelakon British Emma Watson menyuarakan solidariti bersama aktivis pro-Palestin di media sosial, sehingga menimbulkan tentangan daripada para pegawai Israel dan juga pujian daripada pengguna media sosial yang pro-Palestin, lapor agensi Anadolu (AA).

    Pelakon terkenal dengan watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter pada Ahad, telah menyiarkan semula gambar Bad Activist Collective yang sebelum ini dimuatnaik pada Mei lalu di Instagramnya, memaparkan dengan jelas aktivis pro-Palestin berarak dengan perkataan “Solidarity is a verb” (solidariti itu kata kerja).

    Watson turut menyelitkan petikan daripada sarjana British-Australia, Sara Ahmed, yang berkata, “Solidariti tidak bermaksud perjuangan kita adalah perjuangan yang sama, atau kesakitan yang dirasai adalah yang sama, atau harapan kita adalah demi masa depan yang sama.”

    “Solidariti melibatkan komitmen, dan usaha, serta pengiktirafan bahawa walaupun kita tidak mempunyai perasaan yang sama, atau kehidupan yang sama, atau tubuh yang sama, tetapi kita hidup di tempat yang sama,” tambah petikan itu.

    Hantaran Watson mendapat pujian meluas daripada pengguna Instagram pro-Palestin, dengan beberapa orang mengucapkan terima kasih atas sokongannya dan menyiarkan emoji bendera Palestin di bahagian komen, kebanyakannya dengan hashtag #FreePalestine dan #PalestineWillBeFree.

    Watson dilantik duta muhibbah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan peranan besarnya dalam dunia pementasan.

    Utusan PBB Israel, Gilad Erdan, bagaimanapun mengkritik sekeras-kerasnya hantaran Watson, membidas kenyataan bintang itu di Twitter dengan berkata; “Fiksyen mungkin berlaku dalam Harry Potter, tetapi ia tidak berguna dalam dunia realiti.” – Bernama

    Emma Watson telah menyuarakan solidariti bersama aktivis pro-Palestin di media sosial. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...