Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Empat maut, pusat beli-belah dibedil

    KYIV, 21 MAC – Empat orang terbunuh selepas sebuah pusat beli-belah di ibu negara Ukraine, Kyiv dibedil, lapor agensi Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan kelmarin.

    “Empat maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera. Maklumat sedang disahkan,” menurut Jabatan Perkhidmatan Kecemasan menerusi hantaran di laman sosial Facebook.

    Agensi berita Ukraine, Ukrinform melaporkan kebakaran turut berlaku di tempat letak kereta, serta tingkat tiga dan empat pusat beli-belah tersebut yang terletak di kawasan daerah Podilskyi.

    Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 902 orang awam telah terbunuh dan sekitar 1,459 cedera sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari.

    Angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi.

    PBB melaporkan lebih 3.38 juta rakyatnya telah meninggalkan Ukraine sejak krisis bermula, manakala kira-kira 6.5 juta hilang tempat tinggal. – Bernama

    Empat orang terbunuh selepas sebuah pusat beli-belah di ibu negara Ukraine, Kyiv dibedil. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...