Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Empat pesakit positif COVID meninggal dunia, kes cecah 4,000

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Empat kematian telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, tiga daripadanya tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19 dan satu lagi kes kematian masih di dalam siasatan.

    Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Kementerian Kesihatan juga mengongsikan bahawa enam kes kini berada dalam kategori 5, dan lapan kes berada dalam kategori 4.

    Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 4,095 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 63,542 orang.

    Ia adalah hasil daripada pengesanan ujian swab RT-PCR dan juga ujian pantas antigen (ART) di mana sebanyak 597 kes telah didapati melalui ujian RT-PCR dan 3,498 lagi kes melalui ujian ART.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa sebanyak 3,896 jumlah ujian makmal telah dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Manakala 2,490 kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 33,512 kes sementara jumlah kes aktif ialah sebanyak 29,905 kes.

    Menurut kenyataan lagi, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 11.7 peratus.

    Sementara itu, bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 95 peratus, kadar bagi yang telah menerima dua dos vaksin ialah 94.2 peratus, manakala kadar bagi yang telah menerima tiga dos ialah 54.4 peratus.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...