Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Empire Watches buka cawangan pertama

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Empire Watches yang terletak di Gadong telah membuka pintunya untuk pelanggan dengan pembukaan awal yang diadakan, hari ini.

    Pemilik Empire Watches, Ryan Wong ketika ditemu bual mengongsikan bahawa ia adalah kedai fizikal pertama mereka selepas dikendalikan melalui media sosial selama kira-kira tiga tahun.

    Empire Watches menawarkan pelbagai jenama yang memenuhi keperluan semua peminat jam tangan daripada pengumpul baharu kepada yang berpengalaman.

    Ditanya bagaimana beliau memulakan perniagaan menjual jam tangan, Ryan Wong memberitahu Media Permata bahawa beliau bermula semata-mata berdasarkan minatnya terhadap jam tangan, tetapi secara beransur-ansur minatnya bertukar menjadi peluang perniagaan.

    “Begitulah cara Empire Watches membuka operasi perniagaannya tiga tahun lalu. Pada mulanya kami telah memulakan dan mengendalikan Empire Watches melalui media sosial termasuk Facebook dan Instagram, seiring dengan berlalunya masa, dengan sokongan berterusan daripada pelanggan kami, perniagaan itu perlahan-lahan berkembang dan akhirnya, ia membolehkan kami membuka cawangan pertama kami di sini,” kongsi Ryan Wong.

    Di Empire Watches, ujar beliau, mereka membeli, menjual, menerima tukar beli dan menawarkan perkhidmatan konsainan kepada pelbagai jenis jenama dan pada model tertentu jam tangan mewah.

    “Dengan pembukaan Empire Watches, kami berharap dapat menawarkan bantuan kepada semua peminat jam tangan dan pengumpul jam tangan di Brunei bagi mendapatkan jam tangan yang mereka jangkakan dan juga menawarkan pelbagai jenis jenama yang boleh dipilih pelanggan terutamanya jenama yang tidak begitu mudah diakses di Brunei,” jelasnya lagi.

    Ryan Wong ketika ditemui Media Permata, kelmarin.
    Antara jam berjenama yang dijual di kedai tersebut termasuk Rolex.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...