Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    FABD terima kunjungan hormat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (FABD) hari ini telah menerima kunjungan hormat dari The Sekolah Bola Malaysia yang berlangsung di Dewan Serbaguna FABD.

    Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan rombongan berkenaan ialah ahli-ahli Exco FABD dan kakitangan FABD yang lain. Acara dimulakan dengan pembentangan daripada ketua pegawai eksekutif dan pengasas The Sekolah Bola, Muhamad Yazid Yahaya.

    Turut hadir bersama rombongan ialah Naib Presiden The Sekolah Bola, Natasha Haleeda.

    Antara yang disampaikan semasa pembentangan tersebut ialah pengenalan mengenai aplikasi PandaiBola yang dibangunkan oleh My EduSoccer Sdn Bhd bertindak sebagai program pencarian bakat baharu dalam sukan bola sepak.

    Aplikasi tersebut dibangunkan berpandukan program fizikal, latihan secara maya yang bukan sahaja mampu melatih pemain secara lebih sistematik malahan memudahkan ibu bapa untuk mengenal pasti prestasi para pemain serta mencungkil bakat pemain pada peringkat yang awal.

    Acara turut diisikan dengan sesi bergambar ramai bersama ahli-ahli Exco FABD dan kakitangan FABD.

    Muhamad Yazid Yahaya dan ahli-ahli Exco FABD bergambar ramai pada acara tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...