Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Fahami potensi luar biasa qalbu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Kaunseling banyak melibatkan hati dan minda, dan dalam Al-Quran, perkataan ‘qalb’ diulang-ulang sebanyak 132 kali manakala kata ‘aql’ pula sebanyak 49 kali.

    “Jelas betapa signifikannya qalbu atau hati sehingga diulang hampir tiga kali ganda banyaknya berbanding aql. Inilah antara celik akal berharga yang diperoleh kaunselor dalam proses membantu menyejahterakan klien mereka.”

    Perkara itu dijelaskan oleh Pengasas Empowerior Counseling selaku Yang Dipertua Persatuan Kaunseling Brunei (PERKAB), Mejar (B) Rusli bin Bujang dalam tazkirah bertajuk Memaknai Kecerdasan Qalbu sempena Program Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kelmarin.

    Tazkirah juga mengetengahkan kekuatan atau kecerdasan qalbu (EQ & SQ) dari perspektif psikospiritual, sekali gus cuba memahami potensi luar biasa qalbu yang belum banyak diketahui kerana terlalu bergantung pada kecerdasan minda (IQ) semata-mata.

    Di samping itu, tazkirah juga membawakan satu bentuk introspeksi ke arah perwujudan mentaliti atau pandangan yang saintifik dan holistik iaitu mengakhiratkan kehidupan peribadi dan profesional melalui kecerdasan qalbu.

    Hadir pada program berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut mengimarahkan acara ialah ahli-ahli PERKAB, Pembimbing Rakan Sebaya dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid serta jemaah Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei serta beberapa buah masjid termasuk surau dan balai ibadat dari seluruh negara di samping warga kerja di bawah KHEU bersama keluarga dari kediaman masing-masing.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyertai Program Malam Munajat anjuran KHEU, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...