Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Faisal Halim optimis potensi skuad Harimau Malaya jadi yang terbaik

    SEPANG, 19 SEPT – Pemain sayap lincah Mohamad Faisal Abdul Halim tidak menolak kemungkinan skuad kebangsaan ketika ini berupaya menjadi sebuah pasukan yang digeruni pada masa hadapan.

    Pemain Terengganu FC itu berkata ia disebabkan skuad Harimau Malaya dibarisi campuran pemain berbeza latar belakang yang membentuk satu kombinasi mantap menjelang kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai dari 22 sehingga 25 Sept ini.

    “Selepas tiga hari berlatih, para pemain nampak begitu bersemangat dan bersedia untuk menghadapi Thailand. Apa boleh dikatakan ini adalah skuad yang mungkin menjadi satu skuad terbaik pada masa akan datang sebab campur pemain muda, senior dan pemain tidak terlalu berusia.

    “Apa boleh saya katakan dalam (skuad) ini tak ada (pemain) star, itu yang penting dan semua bekerjasama.

    Kita akan cuba buat yang terbaik lawan Thailand nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...