Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Faisal mahu fokus Liga Malaysia

    KUALA NERUS, 20 JAN – Penyerang prolifik Terengganu FC (TFC), Faisal Halim mendedahkan bahawa beliau belum menerima tawaran kontrak secara rasmi daripada mana-mana kelab bola sepak luar negara.

    Menurut Faisal, sehingga kini beliau tidak mendengar sebarang khabar berita daripada dua kelab Eropah yang dikatakan berminat dengan potensinya ketika dipilih menyertai skuad kebangsaan musim lepas.

    “Memang kelab tersebut ada menghubungi ejen, tetapi tidak ada jalan cerita yang jelas dan nyata, tidak seratus peratus betul.

    “Selepas panggilan itu, mereka (kelab luar negara) pun dah senyap. Jadi takkan saya pula beria-ia nak hubungi mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan awal musim di Stadium Gong Badak.

    Berikutan itu, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mickey’ dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia, mahu memberi fokus kepada persiapan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirai Februari ini. 

    Faisal berkata kontraknya bersama skuad Penyu masih berbaki satu musim dan tumpuan penuh diperlukan bagi mencapai misi menjulang sekurang-kurangnya satu piala pada musim 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...