Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Faiz kekal bersama TFC

    KUALA TERENGGANU, 1 NOV – Perkhabaran mengenai perpindahan pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Muhammad Faiz Nasir ke pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC)  musim depan ternyata khabar angin.

    Pemain yang popular dengan gelaran ‘Messi Terengganu’ itu memilih untuk kekal bersama skuad Penyu bagi tempoh dua tahun lagi.

    Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh sebaik sahaja majlis menandatangani kontrak selesai malam tadi.

    Menurut Ab Rasid, TFC memutuskan untuk menawarkan lanjutan kontrak kepada Muhammad Faiz selepas berpuas hati dengan aksi cemerlang yang dipamerkan oleh pemain itu sepanjang tempoh tiga tahun berkhidmat dengan TFC.

    “Aksi cemerlang beliau membantu skuad Penyu merangkul gelaran naib juara Piala FA musim ini dan layak ke saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun depan.

    “Khidmat beliau pastinya ditagih untuk terus memberi impak positif kepada skuad Hitam Putih yang kini dalam misi memburu kejuaraan Piala Malaysia,” katanya.

    Sementara itu, Muhammad Faiz yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata beliau memilih untuk terus bersama TFC kerana selesa dengan semua aspek kejurulatihan dan pengurusan diterapkan oleh pasukan itu.

    Selain itu, beliau juga ingin merebut peluang beraksi di pentas bola sepak lebih tinggi, iaitu Piala AFC yang dijadualkan bermula pertengahan tahun hadapan.

    “Bukan senang mendapat peluang beraksi di pentas besar seperti Piala Asia. Syukur dan terima kasih kepada TFCSB yang memberi kesempatan ini,” katanya. Muhammad Faiz, 30, memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional bersama pasukan Kelantan pada 2013. – Bernama

    Muhammad Faiz Nasir menandatangani kontrak lanjutan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...